Sumbangan untuk PEMBANGUNAN SURAU
Bersama Kita Membina Rumah Allah di Taman Pendamar Indah 2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kami dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada anda semua untuk Pembangunan Surau Al Insyirah, Taman Pendamar Indah 2. Surau ini akan menjadi tempat ibadah dan pusat kegiatan komuniti, mendekatkan kita kepada Allah SWT dan mempereratkan silaturrahim sesama penduduk.
Sumbangan anda, walau sekecil mana sekalipun, adalah satu amal jariah yang pahalanya berpanjangan. Setiap sen yang anda beri akan digunakan untuk pembangunan surau, kemudahan solat berjemaah, kelas agama, serta aktiviti bermanfaat untuk semua.
Jom sama-sama kita menyumbang!
"Barang siapa yang membina rumah untuk Allah, maka Allah akan membinakan baginya rumah di syurga." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semoga Allah memberkati dan melipatgandakan rezeki anda atas setiap sumbangan yang diberikan. Terima kasih kerana bersama-sama menjayakan pembangunan Surau Al Insyirah!